Monday, December 22, 2008

DARI MEJA YDP




Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh Warga Pusat Pengajian Sains Kajihayat.



Selamat kembali ke Universiti Sains Malaysia tercinta bagi semester kedua sidang 2008/2009.Semoga kedatangan semester baru ini kita sambut dengan penuh keazaman dan ihtizam baru demi menuju kecemerlangan.Diam tak diam tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2009 akan menjelma.Sepanjang satu semester ini pelbagai aktiviti telah diadakan oleh persatuan untuk pembangunan pelajar.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak atas sokongon dan kerjasama yang diberi sepanjang kami melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.Tanpa sokongon dan kerjasama semua nescaya segala perancangan takkan dapat dilaksanakan.Disamping itu saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang semester yang lalu.



Semester kedua ini menjanjikan lebih banyak aktiviti seperti penubuhan ALUMNI BIO, Explorasi Gunung Bubu, Moutain bike, Penerbitan ARSENIC, Taklimat Majoring,Gala Pesona Kasih, dan pelbagai lagi aktiviti.Justeru sokongan dan kejasama yang berterusan dari semua pihak amat kami harapkan.

Akhir kata Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya







MUHAMAD ALLIM JAMALLUDIN

YANG DI PERTUA

PERSATUAN SAINS KAJI HAYAT

batista_operation88@yahoo.com





Saturday, December 20, 2008

IMBASAN MENARIK 2008


JUALAN AIDILFITRI




HARI INTERAKSI






GOTONG ROYONG BILIK GERAKAN





PAMERAN DAN JUALAN KONVO


PERJUMPAAN PERTAMA PELAJAR BARU



PROGRAM SEKOLAH ANGKAT


JAMUAN BERBUKA PUASA




KEM INTERAKSI TAMAN RIMBA



BENGKEL KEPIMPINAN

Friday, December 19, 2008

PELAJAR BIOLOGI JOHAN DEBAT DIRAJA




Kemarau 12 tahun berakhir apabila Universiti Sains Malaysia dinobatkan Johan Pertandingan Debat Diraja Antara Institut Pengajian Tinggi Awam kali ke -12 kategori bahasa melayu muda yang didakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 November hingga 3 Disember yang lalu

Pasukan Debat Bahasa Melayu kategori muda ini diwakili oleh saudara Muhamad Allim b Jamalludin(Sains Gunaan Biologi /tahun 2), Saudari Nurdiyana Rail(ilmu kemanusian/tahun2) Nurmuhaimin Adli Ishak(Sains Gunaan Biologi/tahun 2) dan Saudari Muslihah Mazlan(Sains Kemasyarakatan /tahun 1)


Pasukan ini berjaya membawa pulang piala pusingan,wang tunai Rm 3000.00 dan piala iringan. Setelah menewaskan Universiti Putra Malaysia dalam Pertandingan Akhir Debat Bahasa Melayu kategori muda.

keputusan pertandingan mencipta logo





JOHAN
DANIAL HARIS B ZAINAL ABIDIN

SAINS BIOLOGI GUNAAN TAHUN 1

NAIB JOHAN

NURHAYATI BASHARUDIN
SAINS BIOLOGI TAHUN 2

TEMPAT KE-3

MOHAMAD SYAFIQ B ZAINUDIN
SAINS BIOLOGI GUNAAN TAHUN 2