Thursday, March 12, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI

28 FEB 2009 - hanya ucapan setinggi –tinggi penghargaan dan terimakasih dapat disampaikan daripada persatuan kepada pusat pengajian Sains Kaji Hayat khususnya dekan, Prof Abu Hassan Ahmad atas sumbangan komputer kepada persatuan semalam. Komputer tersebut telah diletakan di bilik gerakan di makmal 300 untuk kegunaan persatuan. Menurut saudari Aqilah Adnan,setiausaha Persatuan Sains Kaji Hayat “ komputer tersebut akan digunakan untuk melaksanakan projek e-filling,semua data- dan rekod persatuan seperti kertas kerja dan contoh surat akan disimpan dalam komputer tersebut untuk kegunaan akan datang” katanya ketika di temui di program taklimat majoring yang berlangsung pada pagi ini di Dewan kuliah A Universiti Sains Malaysia. Program taklimat majoring diadakan untuk memberi penerangan dan membantu pelajar tahun pertama membuat pilihan tentang major yang akan diambil pada tahun hadapan. Bagi Muhamad Allim Jamalludin ,Yang Dipertua Persatuan Sains Kaji Hayat pula “ sumbangan ini cukup bermakna bagi persatuan, mungkin tahu depan kami boleh minta peti ais pula”,katanya dengan nada berseloroh. Apa pun terima kasih daun keladi, lain kali minta lagi.