Monday, December 22, 2008

DARI MEJA YDP




Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh Warga Pusat Pengajian Sains Kajihayat.



Selamat kembali ke Universiti Sains Malaysia tercinta bagi semester kedua sidang 2008/2009.Semoga kedatangan semester baru ini kita sambut dengan penuh keazaman dan ihtizam baru demi menuju kecemerlangan.Diam tak diam tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2009 akan menjelma.Sepanjang satu semester ini pelbagai aktiviti telah diadakan oleh persatuan untuk pembangunan pelajar.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak atas sokongon dan kerjasama yang diberi sepanjang kami melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.Tanpa sokongon dan kerjasama semua nescaya segala perancangan takkan dapat dilaksanakan.Disamping itu saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang semester yang lalu.



Semester kedua ini menjanjikan lebih banyak aktiviti seperti penubuhan ALUMNI BIO, Explorasi Gunung Bubu, Moutain bike, Penerbitan ARSENIC, Taklimat Majoring,Gala Pesona Kasih, dan pelbagai lagi aktiviti.Justeru sokongan dan kejasama yang berterusan dari semua pihak amat kami harapkan.

Akhir kata Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya







MUHAMAD ALLIM JAMALLUDIN

YANG DI PERTUA

PERSATUAN SAINS KAJI HAYAT

batista_operation88@yahoo.com





No comments: