Thursday, February 5, 2009

nak masuk TV?

Salam semua. Dialu2kan penyertaan u all utk program dibawah. Berikut ialah mesej drp PRO USM.

dr.nurul
----------------------------------------------

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa RTM akan mengadakan Siaran Langsung program TV1 "Gen Y" untuk remaja pada hari sabtu, 7 Februari 2009, jam 3.00 petang di Dewan Budaya USM. Mohon kerjasama semua untuk hadir dan meminta para pelajar untuk mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan untuk mempromosikan USM sempena pengambilan pelajar nanti. Kehadiran ramai penonton akan memberi gambaran kemeriahan pengajian di USM sekali gus menonjolkan USM sebagai destinasi pilihan. Apatah lagi tajuk yang dibincangkan adalah "Kedamaian Sejagat" yang berfokus kepada peranan remaja dan belia dalam mewujudkan kedamaian sejagat. Program ini dikendalikan oleh pengacara popular Awal Ashaari yang juga seorang pelakon yang sedang meningkat naik namanya. Sudi kiranya semua pihak memberikan kerjasama sewajarnya bagi menjayakan acara ini dengan datang beramai-ramai serta membantu apa sahaja untuk mendorong pelajar memenuhi Dewan Budaya. Sekian, terima kasih. PRO USM(MOHAMAD ABDULLAH)Universiti Sains MalaysiaT: 04.653 2193/3105F: 04.658 8444

Do you really need to print this e-mail?

No comments: