Tuesday, October 21, 2008

Naib Canselor Rasmi PRAGMA 15

Naib Canselor Rasmi PRAGMA 15

Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM) akan merasmikan 15th Pacific Rim Applications and Grid Middleware Assembly (PRAGMA) Workshop pada hari Rabu, 22 Oktober 2008, jam 8.00 malam di Hotel City Bayview, Georgetown, Pulau Pinang.Bengkel ini ini adalah sebahagian daripada pengisian utama sempena Minggu Grid di USM yang akan mengumpulkan saintis serta penyelidik sains komputer bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengkomputeran grid yang kini menjadi sumber penting di dalam perkongsian sumber penyelidik id seluruh dunia.Pengkomputeran grid adalah teknologi termoden di dalam mempercepatkan pelbagai proses perkongsian data untuk tujuan penyelidikan dan perniagaan merentasi bidang selain dapat memaksimumkan penggunaan komputer.

No comments: