Wednesday, October 29, 2008
Plastik Selamat Untuk Manusia? Kebenarannya di 'Plastic Forum@USM'
Tan Sri Ani Arope, Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Malaysia (USM) akan melancarkan forum perbincangan isu keselamatan plastik kepada manusia‚’Plastic Forum@USM’ pada hari Sabtu, 1 November 2008, jam 9.30 pagi di Dewan Persidangan Universiti, USM, Pulau Pinang.Forum ini akan menampilkan pakar-pakar terkenal seperti Jan Stevens, Pengarah (Global) Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan serta David Kusuma, Naib Presiden Pembangunan Produk (Global), Tupperware Brands Corporation dan Prof. Jamil Ismail, pakar penyelidik polimer, Pusat Pengajian Sains Kimia USM.’Plastic Forum@USM’ adalah usaha bersama Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat USM dan syarikat pengeluar produk bekas penyimpanan, Tuppeware Brands Malaysia untuk melihat kepada isu-isu berhubung keselamatan penggunaan plastik dalam budaya kehidupan manusia masa kini.Forum ini adalah sumbangan CSR (corporate social responsibility) Universiti selaras dengan matlamat Universiti APEX untuk mencapai kelestarian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment