Thursday, October 23, 2008

Saintis Marin USM Dedah Penemuan di Perairan Negara

Saintis Marin USM Dedah Penemuan di Perairan Negara

Saintis marin Universiti Sains Malaysia, Prof. Zulfigar Hj. Yassin akan berkongsi beberapa penemuan beliau di perairan negara menerusi syarahan beliau bertajuk ‘The Malaysian Seas: An Ecological and Enviromental Perspective’ pada hari Khamis, 23 Oktober 2008, jam 10.30 pagi di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.D.Y.T.M. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail akan turut berangkat ke sesi syarahan berkenaan.Prof. Zulfigar Hj. Yassin mula berkhidmat di USM sejak tahun 1988 dan adalah antara saintis utama dalam penyelidikan marin di negara ini. Selain menerima pelbagai anugerah penyelidikan, beliau turut bertanggungjawab di dalam memimpin pasukan penyelidik negara dalam ekspedisi penyelidikan di Antartika bersama-sama ‘Australian Antartic Division’pada tahun 2003. Beliau juga bertanggungjawab memulakan dan seterusnya mengetuai ekspedisi saintifik terbesar di perairan Malaysia [dikenali sebagai Research on the Seas and Island of Malaysia – ROSES] selain membantu Kerajaan merangka program menghadapi kemungkinan bencana tsunami pada masa akan datang menerusi kajian khas beliau di perairan sekitar Banda Acheh, Phuket dan utara semenanjung Malaysia.

No comments: