Sunday, October 19, 2008
USM raih sepuluh pingat dalam Bio Malaysia 2008
PULAU PINANG, 13 Okt – Para penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) meraih supuluh pingat termasuk satu emas dalam pertandingan penyelidikan Bio Malaysia 2008 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.USM yang menghantar 10 produk dalam pertandiangan tersebut berjaya mencatatkan pencapaian seratus peratus memperoleh pingat dengan pungutan satu emas, lima perak dan empat gangsa.Produk emas USM yang dikategorikan dalam kelompok waste to wealth itu diberi nama Dimensi Baru dalam Teknologi Kitar Semula: Bioenzymatic Dienking , dibangunkan oleh pensyarah dari Pusat Pengajian (PP) Sains Biologi, Profesor Darah Ibrahim.Dua daripada lima perak diraih oleh penyelidik dari PP Sains Farmasi, Prof. Zhari Ismail (PP Sains Farmasi) dengan produk beliau iaitu NOBESITI: Piperamide Based Anty-Obesity Nutraceutical from Local Sources dan Prof Chan Kit Lam dengan produk Eurycomafeon for Potential Improvement of Male and Female Infertility.Selian itu, Prof. Madya Fauziah Ahmad (PP Kejuruteraan Sivil-Bio-Geomat for Erosion Control and Slope Protection), Prof. Abdul Latif Ahmad (PP Kejuruteraan Kimia- Nutrient from Mill Effluent via Innovative Technology) dan Shamsu Mohamad (PP Seni-Bio-Cera: An Innovative Ceramics Product) turut menyumbang perak.Empat pingat gangsa pula disumbang oleh Dr. Alexander Chong Shu-Chen (PP Sains Biologi), Prof. Madya Ishak Mat (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju), Dr. Zainul Ahmad Rajiun (PP Sains Pergigian) dan Prof. Madya Noor Aziah Abdul Aziz (PP Teknologi Industri). Terahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan perasmiannya berkata, Bio Malaysia yang masuk tahun ketiga dianjurkan sejak 2006 menjadi batu loncatan untuk Malaysia terus membangunkan industri bioteknologinya.Katanya, melalui program seumpama itu kita dapat mengukur tahap pencapaian yang berjaya dilaksanakan dalam membangunkan bidang bioteknologi negara termasuk dari aspek kejayaan awal, tahap-tahap peningkatan dan menetapkan strategi masa depan.``Tahap kualiti pembangunan dan penyelidikan serta kapasiti pengkormesialan di universiti-universiti perlu dipertingkatkan bagi membolehkan kita menarik pelaburan yang bukan hanya dari dalam negara, sebaliknya di peringkat global,’’ katanya. Perdana Menteri turut berharap, lebih banyak kejayaan dan penyelidikan bermutu dapat dibangunkan oleh cendekian universiti ke arah membangunkan bidang bioteknologi yang diyakini mampu menjana lebih pendapatan kepada negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment